Melayu

Show You Japan Club

Show You Japan Club telah ditubuhkan bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai Jepun terutamanya berkaitan budaya, tradisi, sektor pelancongan, sektor industri, sektor pertanian, sektor perikanan dan sebagainya dibawah cogan kata ‘Suka Jepun, Ceriakan Jepun’. Keahlian terdiri daripada profesional daripada pelbagai bidang dan pekerjaan. Kelab ini telah ditubuhkan pada 21 Mei 2010.

 

Aktiviti Keseluruhan Kelab

  1. Mengadakan pelbagai acara yang bertujuan untuk menukar maklumat diantara ahli kelab.
  2. Mengadakan pelbagai seminar yang diuruskan oleh ahli kelab dan pensyarah jemputan.
  3. Pertukaran informasi melalui laman web, email dan risalah.
  4. Mengadakan lawatan pemeriksaan kawasan dan acara sama ada di dalam atau luar negara.
  5. Mengendalikan pelbagai acara yang diuruskan oleh kelab.
  6. Mengadakan bengkel pembelajaran dan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama ahli.

Syarat-syarat Pendaftaran Ahli Persendirian

  • Mempunyai minat terhadap Jepun (tidak kira kewarganegaraan)
  • Memahami matlamat kelab dan membayar wang pendaftaran keahlian.

Pendaftaran keahlian: 2000 yen

Yuran tahunan keahlian: Percuma

Keahlian adalah sah setelah wang pendaftaran keahlian diterima. Keahlian tidak akan diberhentikan sehingga permohonan pembatalan keahlian diterima.

Keahlian Perbadanan Korporat

Kelebihan Keahlian Perbadan Korporat(tahunan):

  1. Kebenaran pengedaran produk/risalah syarikat sewaktu acara kelab.
  2. Sesi presentation sewaktu acara kelab.
  3. Banner syarikat akan dipamerkan di laman web Show You Japan Club.

Pendaftaran keahlian: Percuma

Yuran tahunan keahlian: 30000yen/tahun

 

Permohonan akan dipertimbangkan terlebih dahulu oleh sekretariat kelab. Keahlian adalah sah setelah yuran tahunan keahlian diterima. Sekreteriat kelab berhak untuk menolak sebarang permohonan sekiranya matlamat pemohon tidak memenuhi kehendak kelab. Keahlian kelab akan diperbaharui setiap tahun. Keahlian akan diperbaharui secara otomatik jika tiada permohonan pembatalan kelab diterima dalam tempoh 1 bulan sebelum tarikh pembaharuan.

 

Pembaharuan Maklumat, Pembatalan Keahlian : Sila hubungi sekretariat kelab untuk memperbaharui maklumat keahlian atau membatalkan keahlian. (Wang pendaftaran keahlian, yuran tahunan keahlian tidak akan dipulangkan)

Larangan: Aktiviti berkaitan keagamaan, bisnes network dan yang berkaitan adalah dilarang.

 

Untuk maklumat lanjut atau permohonan sila email kami di;

japanoffice@showyoujapan.org

 

コメントをどうぞ

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

*